Siakap Keli

Kabus Tebal Di India, Ratusan Penerbangan Terjejas

Kabus tebal yang telah beberapa hari melanda India  mengganggu operasi penerbangan di lapangan terbang Delhi dengan lebih 530 penerbangan ditangguhkan, 20 berpatah balik dan empat dibatalkan.

Penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang di bawah keadaan CAT III B yang bermaksud jarak penglihatan bagi penerbangan adalah antara 50 meter hingga 175 meter.

Pegawai di lapangan terbang itu berkata bahawa sebanyak 320 pelepasan dan 210 ketibaan telah ditangguhkan pada hari ini.

Syarikat penerbangan IndiGo menerusi satu kenyataan berkata penerbangan mereka telah terkesan oleh kabus tebal dan akan berterusan memberitahu keadaan dari masa ke semasa menerusi platform media sosial mereka.

Kabus tebal sering melanda India yang disebabkan oleh cuaca sejuk. Enam dilaporkan telah meninggal dunia akibat daripada jarak penglihatan yang terbatas yang menyebabkan kenderaan dinaiki terhumban ke dalam terusan di Uttar Pradesh, Utara India.

Sumber: EconomicTimes

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra