Siakap Keli

“Kalau Perempuan Tutup Aurat Tapi Dirogol, Dia Dapat Pahala,” Kenyataan Individu Dibidas Netizen

Jenayah rogol pada hari ini dilihat semakin membimbangkan terutamanya kepada golongan wanita. Pelbagai punca jenayah ini terus berleluasa dan salah satu antaranya ialah sifat tidak bertanggungjawab perogol terhadap mangsanya.

Selain itu, ada juga segelintir golongan yang menuding jari kepada mangsa yang tidak menutup aurat sebagai punca jenayah rogol. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kes yang mencatatkan mangsa rogol adalah wanita yang menutup auratnya dengan sempurna.

Perkara ini turut disuarakan oleh seorang wanita di laman Twitter miliknya yang berkongsikan pengalaman rakannya yang dirogol walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Dia tutup aurat dengan sempurna, tudung labuh. Pernah terdetik dalam hati dia yang mungkin takdir dia dalam dunia ni untuk dirogol je.

Menurut wanita berkenaan, perkara tersebut terdetik dalam hati mangsa rogol adalah berpunca daripada segelintir masyarakat yang menggunakan agama untuk membela perogol.

Kenyataan wanita tersebut juga turut disokong oleh rata-rata netizen yang nyata bersetuju.

Sumber: Shafiqah Othman

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.