Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan : Daily Star

Ngeri, Dua Tangan Manusia Dengan Gelang Masih Di Tangan Ditemui Dalam Perut Jerung

Dua tangan manusia dan seutas gelang ditemui oleh sepasukan penyelidik di dalam perut seekor jerung harimau ketika mereka melakukan pemburuan jerung di Lautan Hindi.

Berdasarkan laporan agensi berita AFP, keluarga seorang lelaki warga emas yang hilang di laut pada 21 Disember lalu, telah mengesahkan bahawa gelang itu adalah milik lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dilaporkan hilang selepas satu aktiviti berkayak di perairan Saline-les-Bains di Kepulauan Perancis, La Reunion.

Ikan pemangsa berukuran 11 kaki itu ditangkap pada Jumaat lalu, sebagai salah satu usaha mengurangkan serangan jerung terhadap pelancong di sekitar Kepulauan Perancis.

Difahamkan, sejak sembilan tahun lalu, terdapat 11 serangan maut oleh jerung telah dilaporkan di kawasan berkenaan.

Jerung pemangsa – Daily Star

Pada tahun ini sahaja, mangsa adalah seorang pelayar pada Mei dan seorang pelancong warga Scotland pada November di mana cincin kahwinnya ditemui masih berada pada jari.

Menurut laporan media tempatan, tangan mangsa yang ditemui pada Jumaat itu telah digigit dan diserang jerung selama lebih 48 jam.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.