Siakap Keli
Kredit: Google/Jabatan Mufti Johor

Notis Bertulisan Jawi, Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

Ketika hangat isu penolakan tulisan jawi dalam silibus Bahasa Melayu oleh Dong Zong dan sekutunya, pentadbiran negeri Johor kekal berpendirian.

Baru-baru ini, Jabatan Mufti Johor mengumumkan perubahan waktu solat Subuh di negeri berkenaan dalam satu pekeliling bertulisan jawi.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, berkenan agar perubahan waktu solat subuh bagi seluruh Negeri Johor Darul Ta’zim dengan ditambah 8 minit dari waktu solat subuh semasa, dilakukan berkuaskuasa 1 Januari 2020 Miladiah bersamaan 5 Jamadil Awwal 1441 Hijriah.”

Perubahan tersebut adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk yang menentukan waktu terbit fajar sodik daripada 20° kepada 18°.

Perubahan berkenaan menyebabkan waktu subuh bagi negeri berkenaan perlu ditambah 8 minit daripada waktu subuh semasa.

“Perubahan hanya melibatkan waktu masuk solat subuh sahaja. Maka waktu solat selainnya kekal mengikut waktu semasa termasuklah waktu syuruk,” tulis laman berkenaan.

Posted by Jabatan Mufti Johor on Sunday, 29 December 2019

Sebelum ini, pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama negeri berkenaan berkata bakal menggunakan tulisan jawi dalam semua urusan keagamaan melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pelaksanaan tersebut akan melibatkan pejabat kadi, sekolah agama dan bakal digunakan dalam teks-teks ucapan. Usaha memartabatkan tulisan jawi itu bakal dimulakan secara rasmi pada tahun hadapan.

Sumber: Jabatan Mufti Johor

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.