Siakap Keli

(Video) Buaian Taman Tema Menggayatkan, Berayun Tinggi Hingga ‘Mencucuk Langit’

Satu rakaman permainan taman tema (fun fair) yang dilihat agak mengerikan telah menjadi tular di media sosial.

Bagi penggemar aktiviti-aktiviti yang mencabar adrenalin, permainan ini pastinya akan menarik perhatian mereka untuk mencubanya sendiri.

Sungguhpun begitu, bagi orang-orang yang mempunyai fobia berkenaan dengan ketinggian, permainan ini pastinya akan tampak mengerikan di mata mereka.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu sudah cukup membuktikan betapa ngerinya perasaan bagi orang-orang yang ada fobia pada ketinggian dan pastinya menjadi menarik di mata penggemar aktiviti yang mencabar adrenalin.

Video yang tular tersebut telah ditonton lebih 4 juta pengguna di Twitter. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut menyatakan bahawa mereka ingin mencubanya dan ada juga yang tidak berani untuk mencubanya.

Nampak macam menyeronokkan

Saya pasti saya akan mencubanya

Saya suka permainan yang mengerikan, saya pasti akan menaikinya lebih dari sekali kalau boleh

Saya tak kan fikir langsung untuk menaikinya

Ianya tak patut dicipta

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.