Siakap Keli

(Video) Gelagat Arnab Korek Lubang Demi Nak Selamatkan Kawan Buat Ramai Terharu

Sejak kecil lagi, kita dihidangkan dengan cerita-cerita mengenai kebijaksaan arnab dalam setiap perkara yang dilakukan. Perkara itu bukan lagi hanya sekadar rekaan semata-mata, namun ianya telah terbukti melalui satu video tular.

Satu rakaman yang memaparkan seekor arnab sedang bertungkus-lumus mengeluarkan ‘rakannya’ yang terperangkap. Arnab tersebut dilihat menggali tanah supaya terhasil ruang yang membolehkan seekor kucing melepasinya.

Walaupun pada awalnya ia kelihatan buntu, namun setelah melihat tangan rakannya itu, ia terus menggali tanpa henti. Kebijaksaannya terserlah apabila arnab tersebut menolak tanah yang digali supaya lubang itu tidak tertimbus kembali.

Setelah beberapa ketika usaha itu dijalankan, kucing berwarna putih itu berjaya melepaskan diri daripada bangsal tersebut. Arnab tersebut juga dilihat terbaring dan tercungap-cungap akibat keletihan.

Rakaman tersebut membuktikan bahawa haiwan juga mempunyai nilai positif yang boleh diterapkan ke dalam diri manusia untuk dicontohi. Usaha yang tidak pernah mengenal erti mengalah pastinya akan membuahkan hasil.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra