Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Menjelang 2020, Motorsikal Terbang Ini Boleh Dibeli Dengan Harga Lebih RM 2 Juta

Tiada lagi yang mustahil. Jika dulu kenderaan terbang hanyalah satu angan-angan, kini ia menjadi realiti.

LMV496 dari Lazareth membuktikan anda boleh menjadi pelumba di litar sekaligus menjadi ‘juruterbang’ dengan jentera dua roda berkenaan.

Motosikal elektrik yang dihasilkan syarikat automotif Perancis ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 60 batu.

Menurut pengilang, fungsi LMV496 ini boleh ditukar daripada mod jalanan dan mod terbang hanya menggunakan suis.

Kredit: Daily Mail

Walaubagaimanapun, motosikal dengan 4 enjin jet ini membolehkan penunggangnya terbang selama 10 minit menggunakan bekalan kerosin berdasarkan kapasiti tangki bahan bakar yang dimiliki.

Setakat ini, 5 prototaip LMV496 dihasilkan di mana 4 daripadanya boleh dibeli dengan harga £380,000 iaitu kira-kira RM2.05 juta.

Turbin jet jentera tersebut menghasilkan 1300 kuasa kuda dengan maklumat penerbangan seperti kelajuan, altitud, posisi dan tahap bahan bakar dihantar secara langsung kepada papan pemuka.

LMV496 dihasilkan menggunakan komposit karbon Kevlar yang ringan dan kukuh manakala suspension motosikal terbang itu dibangunkan oleh rakan niaga Lazareth, TFX Suspension Technology.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.