Siakap Keli
Kredit: GK Food Diary/Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang

(Video) Untuk Elak Bayi Tercekik, Cara Sediakan Makanan Tekstur Sesuai Untuk Bayi

Setiap ibu pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak tersayang. Bagi mereka yang mempunyai bayi berusia enam bulan dan baru memulai fasa untuk makan, pasti teruja untuk menyediakan makanan berkhasiat buat si anak seperti bubur dan puri buah-buahan.

Namun, tahukah anda, bagaimanakah kepekatan sebenar makanan untuk membekalkan nutrisi yang cukup buat anak anda?

Jom baca tips dari Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang supaya anak anda dapat makanan yang terbaik untuk tumbesaran dan membekalkan tenaga yang cukup buat si comel.

Makanan yang cukup pekat dan kekal lama pada sudu akan memberi lebih tenaga kepada anak untuk mengelakkan masalah kekurangan zat makanan.

Tetapi anda perlu beri bayi anda makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik.

Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.

Bayi berumur 6-8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal.

Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.

Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.

Jadi, selain jenis makanan, sediakanlah tekstur makanan yang sesuai kepada anak anda.

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.