Pengawal Revolusi Iran telah merampas sebuah kapal dan menahan 16 kru Malaysia yang disyaki telah menyeludup bahan api, lapor media tempatan pada 30 Disember.
Menurut laman web televisyen IRIB menyatakan bahawa sebanyak 1.3 juta liter bahan api yang diseludup oleh kapal tersebut berjaya dirampas oleh pihak berkuasa 15 batu nautika dari Pulau Abu Musa.
Pulau Abu Musa adalah salah sebuah pulau dari tiga buah pulau yang terlentak di selatan Teluk Arab yang terletak di bawah selian Iran, tetapi turut dituntut oleh Emiriah Arab Bersatu.

“16 kru kapal yang berasal dari Malaysia turut ditangkap,” kata Brigadier Jeneral Ali Ozmayi, komander tentera laut.
“Ini adalah kapal penyeludupan keenam yang telah dirampas oleh tentera laut,” tambah Ozmayi.
Pada bulan September yang lalu, Iran telah merampas bot dan menangkap 12 kru Filipina yang terlibat dalam penyeludupan bahan api di Selat Hormuz.
Kapal tangki asing telah ditahan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam di perairan Teluk pada 14 Julai kerana didakwa menyeludup bahan bakar.
Iran juga merampas kapal lain pada 31 Julai dengan 7 kru asing yang menyeludup bahan api namun tidak pernah mendedahkan identiti kapal dan kewarganegaraan kru tersebut.
Ketegangan semakin meningkat selepas Amerika Syarikat meningkatkan kempen tekanan maksimum terhadap Iran selepas menarik balik perjanjian nuklear pada tahun 2018 yang lalu.
Sumber: Channel News Asia