Siakap Keli

JPN Nafi Gambar Tular Di Facebook Adalah Pas Sementara Sabah

Putrajaya : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan gambar kad pengenalan diri  yang dimuat naik melalui sebuah akaun Facebook  baru-baru ini adalah Pas Sementara Sabah (PSS) seperti yang didakwa pemilik laman sosial tersebut.

JPN dalam satu kenyataan berkata  sebenarnya gambar yang dimuat naik dengan nama James Stephen pada 21 Dis lepas itu adalah Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS ) yang dikeluarkan oleh jabatan itu berdasarkan Peraturan 5(3)(c), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan telah mula dikeluarkan sejak 1990.

“MyKAS merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada individu lahir di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraan mereka tidak dapat ditentukan,” menurut  kenyataan itu.

PSS merupakan dokumen yang diperkenal kerajaan bagi menggantikan tiga dokumen warga asing di Sabah iaitu Kad Burung-Burung, Sijil Banci dan IM13 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun tahun depan.

Menurut JPN, pemegang MyKAS adalah bertaraf bukan warganegara dan pemohon perlu memperbaharui kad pengenalan tersebut setiap lima  tahun.

Bagaimanapun, MyKAS hanya dikeluarkan kepada individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh JPN dan  pemegang MyKAS juga tidak mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti individu berstatus warganegara.

Sehubungan itu, JPN meminta orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web jabatan itu di www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat ditalian 03-8880 7077/7067/7069/8206 atau emel ke [email protected]

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.