Youtuber kelahiran Kelantan, Syahmi Sazli bersama team produksinya semakin mendapat tempat dalam hati penonton dengan video-video mereka yang lucu dan sarat dengan pengajaran.
Youtuber yang baru memenangi anugerah Video Pendek Terbaek dalam Konsert Throwbaek Astro itu sering menampilkan sepupunya, Muhammad Asyiff bin Suhaimi sebagai antara watak utama video mereka.
Lakonan spontan Asif yang merupakan remaja istimewa itu sering mencuit hati warga maya yang melihatnya.
Baru-baru ini, Syahmi berkongsi sekeping gambar Asif sedang menunaikan solat. Katanya, mereka baru sahaja menonton video pembuangan ulat yang berada di dalam kulit. Sengaja mengusik Asif, Syahmi berkata itu akibatnya apabila seseorang tidak menunaikan solat.
Respon Asif membuatkan ramai terhibur dan terbuka mata.
“Mi, Isyak masuk dah?”
Menurut Syahmi, Asif tiba-tiba sahaja bertanya,
“Mi, Isyak masuk dah? Aku nak sembahyang, kalau tak masuk neraka,” kata Asif.
Menginsafkan
Reaksi Asif bukan sahaja menghiburkan, tetapi menginsafkan warga maya.
Takpe Asif, Asif anak syurga dah
Kita yang normal kena malu dengan Asif
“Bagus Asif, dia yang macam tu pun boleh fikir, apatah lagi kita yang normal ni.”
“Malu bossku-bossku yang masih waras tapi tak mengerjakan solat 5 waktu.”
Bagus Syahmi ajar Asif solat
Sumber: Syahmi Sazli