Siakap Keli
Kredit Foto: elitedaily

Orang Yang Ada Kakak Mungkin Dapat Beri Kesan Positif Pada Mental – Kajian

Setiap ibu bapa dikurniakan bilangan anak yang berbeza bergantung kepada rezeki masing-masing. Namun begitu, tidak semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga dikurniakan zuriat sebagai pelengkap kepada bahtera yang didirikan.

Terdapat banyak pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga namun tidak dikurniakan cahaya mata. Ada juga pasangan yang dikurniakan anak yang ramai. Semua itu bergantung kepada takdir. Tiada sesiapa pun yang perlu dipersalahkan.

Menurut satu kajian yang telah dibuat oleh beberapa penuntut di Universiti Brigham Young, mendapati seseorang yang mempunyai kakak akan terhindar daripada perasaan kesepian, kurang disayangi, takut, rasa bersalah dan pentingkan diri sendiri.

Kredit Foto: elitedaily

Kajian mendapati seorang kakak mampu menunjukkan amalan yang baik seperti membantu antara satu sama lain, membantu jaga adik-adik ketika di sekolah dan banyak lagi.

Namun begitu, kajian ini tidak bermakna memiliki seorang abang tidak memberikan impak positif dalam keluarga.

Menurut Padilla Walker, profesor yang mengetuai kajian ini menyatakan kakak boleh menjadi pelindung yang baik kepada adik-adiknya ketika dewasa nanti.

Sumber: News Byu Edu

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.