Boleh dikatakan kecurangan berlaku di seluruh dunia melibatkan pasangan kekasih, malah turut juga melibatkan pasangan suami isteri. Baru-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan tindakan ‘balas dendam’ oleh pengantin lelaki terhadap tunangnya.
Ketika pasangan pengantin tiba di atas pentas, satu klip video telah ditayangkan di skrin besar majlis itu. Ia memaparkan aksi ‘bersama’ pengantin perempuan dipercayai bersama saudara iparnya.
Keadaan terus menjadi kecoh apabila pengantin lelaki menolak pasangannya. Tidak berdiam diri, pengantin perempuan juga bertindak membalik bunga yang dipegang.
Lebih memalukan, klip berkenaan dilihat oleh tetamu-tetamu yang hadir.
“Kamu fikir saya tidak mengetahuinya?”
Perbuatan itu pada awalnya telah disedari oleh lelaki berkenaan apabila dia telah memasang kamera tersembunyi di dalam bilik rumah mereka yang bakal didiami.
Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa insiden berkenaan sengaja dilakukan bagi tujuan promosi. Pun begitu, ada juga yang menganggap perkara sedemikian benar-benar berlaku.
Sekiranya ia benar-benar terjadi, sudah pasti ianya pengalaman yang memalukan bagi kedua-dua pengantin.
Sumber: Daily Mail