Siakap Keli

Stress Naik Kereta Enjin Bunyi Kasar, Berikut Cara Selesaikan Masalah Ini

“Enjin dah tak sedap, lembab takde pick-up. Stress pulak bila hari-hari bawa kereta rasa macam ni. Dah sampai masa nak tukar kereta ni.”

Enjin kenderaan ni samalah macam badan orang juga. Perlu di jaga, diberi makan yang betul supaya sihat. Tapi peliknya, ramai yang macam ambil remeh subjek ni. Tahu tuang je tapi tak tahu fungsi atau fakta penting minyak pelincir.

Sebagai pengguna kereta, korang patut tahu aspek penjagaan kenderaan ni. Kereta ni dah macam pelaburan, tiap-tiap bulan bayar. Kalau tak nak rugi besar, rosak sana sini, kenalah jaga kereta jangan sampai berkerak minyak hitam masih tak tukar-tukar.

via GIPHY

Tak sayang ke?

Dekat pasaran ada banyak jenis minyak yang direka untuk kegunaan yang berbeza-beza. Untuk pastikan korang pilih minyak pelincir yang bagus, korang perlu tahu beberapa aspek penting termasuk tahap kelikatan, additives, dan sebagainya.

Minyak pelincir terbaik

Bila cakap je pasal Caltex Havoline, korang perlu tahu yang ia adalah produk minyak pelincir kereta petrol yang dihasilkan untuk meningkatkan ketahanan enjin dan memaksimumkan penjimatan bahan api. Caltex Havoline juga dibangunkan untuk kelancaran operasi enjin bagi memaksimumkan prestasi enjin dalam apa jua kondisi pemanduan.

Teknologi Deposit Shield™ Havoline ialah formulasi sintetik penuh yang menepati spesifikasi Dexos1 Gen 2 dan memberikan perlindungan berterusan ke atas enjin.

Minyak enjin Havoline dengan Teknologi Deposit Shield™ mampu bertindak balas dengan baik terhadap keperluan ekstrem enjin dengan memberikan perlindungan dan prestasi dinamik apabila diperlukan.

Kekuatan dan ketahanan Havoline sebagai minyak sintetik penuh memberikan kuasa dan prestasi optimum ke atas enjin, melindungi daripada kehausan, dan deposit berbahaya.

Kebanyakan enjin kereta moden hari ini didatangkan lebih kompak dan ringan yang perlu beroperasi lebih bersih, menjana lebih kuasa, memberikan penjimatan bahan api terbaik dan mampu pergi lebih jauh sebelum minyak enjin ditukar.

Jadi, dengan Caltex Havoline sintetik penuh (fully-synthetic) seperti Havoline ProDS ECO5 dan Havoline ProDS LE, pemandu mampu meraih manfaat ditawarkan dua minyak enjin berkenaan. Ini kerana minyak enjin sintetik penuh mampu memberikan lebih perlindungan enjin dan tahan lebih lama.

Selain melindungi enjin ketika cuaca sejuk, produk Caltex ini juga memberi perlindungan terbaik dalam suhu panas dan dalam beban berat. Caltex Havoline sintetik penuh mampu memenuhi keperluan harian pemandu.

Antara sembilan (9) produk Caltex Havoline yang membantu kelancaran enjin daripada jenis mineral, semi-sintetik dan sintetik penuh:

  1. Havoline® Pro DS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 0W-20 – Sintetik Penuh
  2. Havoline® ProDS Fully Synthetic LE SAE 5W-40 – Sintetik Penuh
  3. Havoline® Pro DS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30 – Sintetik Penuh
  4. Havoline® ProDS Fully Synthetic SAE 10W-50 – Sintetik Penuh
  5. Havoline® Synthetic Blend SAE 10W-40 – Campuran Sintetik
  6. Havoline® Synthetic Blend SAE 5W-30 – Campuran Sintetik
  7. Havoline® Formula SAE 15W-40 – Mineral
  8. Havoline® Motor Oil SAE 20W-50 – Minyak Mineral
  9. Havoline® Formula SAE 10W-30 – Minyak Mineral

Selain Caltex Havoline, Chevron Malaysia ada juga formulasi barisan produk Caltex Delo® Sports yang merangkumi minyak pelincir dan penyejuk yang menawarkan perlindungan dan prestasi optimum, serta lebih nilai untuk jentera diesel tahan lasak.

Produk-produk premium Caltex Delo® Sports dihasilkan menggunakan teknologi ISOSYN yang menyediakan sehingga 61% perlindungan haus yang lebih baik dan meningkatkan kuasa serta ekonomi bahan bakar.

 Selain itu, ia juga menggabungkan minyak asas dengan bahan-bahan tambahan berprestasi tinggi untuk perlindungan bahagian dalaman enjin dan direka khusus untuk enjin diesel bagi kenderaan SUV, 4WD, van dan trak pikap.

Siapa yang pernah guna Caltex Delo® Sports ni sure tahu fungsi best dia antaranya Delo 400 MGX SAE 15W-40 yang menawarkan pencegahan jelaga, perlindungan haus serta kawalan enapcemar (sludge) untuk perlindungan jangka hayat enjin yang lebih lama dan penjimatan bahan api.

Ia juga boleh digunakan untuk enjin diesel lama ataupun baharu, jadi pelanggan tidak perlu membeli minyak enjin diesel yang berlainan. Produk terbaru ini dibangunkan khas untuk mematuhi peraturan pelepasan dan juga memenuhi keperluan OEM (original equipment manufacturer) pasaran tempatan.

Semua produk Caltex Lubricants juga bukan saja menjalani ujian makmal, tetapi juga diuji di jalanan untuk berdepan dengan situasi pemanduan dan tunggangan sebenar atas jalan, termasuk kesan cuaca dan persekitaran. Jadi, ia sememangnya produk bendalir yang benar-benar diuji dan teruji keberkesanannya.

Tunggu apa lagi? Sempena hujung tahun dan dah nak masuk tahun baru ni, Caltex menawarkan promosi istimewa sesuai untuk korang.

Dengan membeli mana-mana Caltex Lubricants Holiday Travel Promotion, korang akan menerima item Travel Buddy eksklusif untuk menjadikan pemanduan dan perjalanan jauh korang tu lebih selesa.

Dapatkan produk pelincir berkualiti Havoline® dan Delo® Sports di kesemua stesen minyak Caltex dan pengedar-pengedar terpilih seluruh negara.



Nur Farra