Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Tular Dakwaan Kes HFMD Di Perlis Tinggi, Keadaan Adalah Terkawal – Pengarah Kesihatan

Kangar : Jabatan Kesihatan Perlis menafikan dakwaan yang tular di media sosial  bahawa  Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini menerima ramai pesakit kanak-kanak yang menghadapi jangkitan penyakit  tangan kaki dan mulut (HFMD) .

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata walaupun terdapat kes HFMD di Perlis jumlahnya adalah rendah dan terkawal.

Katanya keadaan di negeri ini adalah terkawal dan pihaknya telah mengeluarkan garis panduan awal bagi langkah pencegahan dan pengasingan bagi mengawal penyakit itu.

”Bagi mencegah jangkitan HFDM, ibu bapa perlu mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran yang baik agar anak mereka tidak terdedah dengan risiko jangkitan  penyakit HFMD,” katanya ketika dihubungi sumber di sini hari ini.

Beliau berkata ibu bapa perlu peka dengan kesihatan anak mereka dan segera membawa anak mereka ke klinik atau hospital sekiranya mengalami tanda-tanda seperti demam, ulser mulut dan ruam di bahagian tapak tangan, tapak kaki atau punggung.

Menerusi maklumat yang tular di media sosial semalam, terdapat individu yang mendakwa bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang menjalani rawatan di HTF akibat terkena penyakit berjangkit itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.