Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik-Detik Menyentuh Hati Nelayan Gadai Nyawa Selamatkan Beruang Koala

Ianya adalah satu momen yang sangat menyentuh hati apabila seorang nelayan sanggup melompat ke dalam laut untuk menyelamatkan beruang koala. Tindakan itu diambil apabila mendapati koala tersebut terjatuh ketika berpaut pada tiang licin di jeti.

Ketika kejadian, nelayan yang sedang memancing di Apollo Bay, Victoria ternampak koala tersebut terjatuh ke dalam air sekitar jam 1.30 pagi.

Encik Shchelfhout yang melihat perkara berkenaan berkata bahawa dia tidak teragak-agak untuk terjun bagi menyelamatkan beruang itu.

Saya hanya lucutkan pakaian dan terjun.

Dia yang telah terjun ke dalam air terpaksa berenang kepada koala tersebut dan perlu bergelut untuk mengangkatnya naik.

Setelah operasi menyelamat itu selesai dijalankan, koala tersebut dikembalikan di dalam belukar untuk meneruskan kehidupannya.

Tindakan nelayan tersebut yang bertungkus lumus menyelamatkan koala berkenaan dilihat sebagai salah satu sikap yang sangat baik. Rakaman tersebut telah tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan nelayan berkenaan.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra