Siakap Keli
Gambar: Twitter/ABC News

(Video) Langit Merah Menyala & Hutan Marak Terbakar, Keadaan Di Australia Hingga 5,000 Terperangkap Di Pantai

New South Wales, 31 Dis – Kira-kira 5000 penduduk di Mallacoota terperangkap di tepi pantai berikutan kebakaran hutan tersebar dengan pantas didakwa berikutan cuaca panas dan berangin.

Keadaan di waktu pagi menjadi gelap dan kemerahan berikutan asap tebal dan api yang marak.

Menurut salah seorang penduduk, Mark Tregellas berkata ribuan penduduk berkumpul di tepi laut memerhatikan api melanda bandar.

“Keadaan sangat gelap hingga 5 minit tadi, sekarang langit menjadi merah,” katanya kepada wartawan ABC pada sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan.

“Bara api berterbangan dari langit, angin datang secara langsung ke arah kami dari barat..” tambahnya.

Api bermula dari Wingan River pada Ahad lalu dan merebak dengan pantas ke pinggir pantai tersebut.

Bomba dilaporkan menebang pokok sekitar kawasan tersebut untuk mengurangkan risiko dan jentera penyelamat melingkungi para penduduk sambil menyembur air bagi menurunkan suhu.

“Kami merancang, tapi tiada jalan keluar yang mudah dari bandar. Mereka yang tinggalkan bandar, pergi dengan cemas dan mereka yang tinggal juga cemas,” kata salah seorang penduduk menyatakan ramai yang bersedia kehilangan rumah mereka.

Sebanyak 5700 bangunan di East Gippsland dan 1800 yang lain di timur laut Victoria terputus bekalan elektrik disebabkan kebakaran itu.

Liputan telefon juga turut terganggu.

“Bara api jatuh dari langit..”

“Bomba bentuk perisai air”

Sepatutnya ia pagi yang cantik

Pemandangan pukul 8.45 pagi

Siang jadi malam

Api tak jauh di hadapan

Sumber: ABC News, News.com.au, Twitter

Amira

Love yourself.