Siakap Keli

Kulit Kepala Hampir Hancur, Budak 9 Tahun Menderita Kulit Melecur Teruk Jadi Mangsa Serangan Rejim

Umum sudahpun mengetahun keadaan bergolak yang sekian lama melanda negara Syria. Pelbagai pihak yang dipercayai mempunyai kepentingan tertentu berperang sesama sendiri hampir setiap hari.

Yang pasti, yang paling merana dari pertelingkahan tersebut sudah tentulah orang awam yang tidak mendapat sebarang manfaat daripada peperangan tersebut, terutamanya kanak-kanak.

Salah seorang selebriti tanah air, Noh Salleh ataupun Noh Hujan yang aktif dalam misi kemanusian bersama Cinta Syria Malaysia disana sempat berkongsi beberapa keping gambar kanak-kanak yang menderita kulit melecur teruk dipercayai menjadi mangsa serangan udara rejim.

Abdullah yang baru berusia 9 tahun turut kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam serangan tersebut.

Kini berada di Turki untuk menjalani pembedahan plastik terutama di bahagian wajahnya, diharap ada sinar baru dalam hidup Abdullah.

”Hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana beratnya ujian anak ini.

”Abdullah, membesarlah menjadi seorang pejuang. Syria memerlukanmu suatu hari nanti!”, kata Noh.

https://www.instagram.com/p/B6sQHT5lPHd/

Kredit: Ig Noh Salleh

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.