Siakap Keli

Dapat 120,000 Tandatangan Dalam Beberapa Jam, Petisyen Gesa Kekalkan Maszlee

Dr Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa pada 3 Januari 2020.

Pengumuman ini sekaligus mengesahkan ura-ura yang tersebar di media sosial bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap pengumuman ini. Rata-rata daripada mereka dilihat terkejut dan sedih dengan peletakan jawatan Dr Maszlee sehingga wujudnya satu petisyen bertujuan untuk menggesa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, mengembalikan jawatan Dr Maszlee.

Petisyen yang bertajuk ‘Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia’ itu telah tersebar di laman media sosial dan mendapat sebanyak lebih 119,000 tandatangan dari netizen setakat ini (Khamis, 9.00 malam).

Melalui petisyen itu juga, Dr Maszlee dianggap sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat.

Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara. Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

“Pendidikan Untuk Semua”

#SupportMaszlee

Sejak mengumumkan peletakan jawatan tersebut, Dr Maszlee menjadi topik hangat di Twitter sehingga trending. Kebanyakan netizen di Twitter juga berkongsi petisyen tersebut untuk menyatakan sokongan mereka kepada Dr Maszlee.

Kebanyakan netizen juga memberikan komen di petisyen tersebut yang menyeru agar jawatan Dr Maszlee dikekalkan.

Sumber: Twitter

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra