Siakap Keli
Gambar: Independent.ie

Lebih Sejuta Penduduk Hong Kong Sambut 2020 Dengan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

HONG KONG, 2 Jan (Bernama) — Lebih sejuta penduduk Hong Kong turun ke jalanan pada Hari Tahun Baharu, sekali gus menyaksikan kekacauan yang berlaku selama lapan bulan sebelum ini akan berlanjutan sehingga memasuki tahun 2020, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Victoria Park, menurut pertubuhan bukan berasaskan keuntungan tempatan Barisan Hak Asasi Manusia Sicil (CHRF).

Penunjuk perasaan menyekat penghadang di seluruh bandaraya itu selepas polis memberkas 10 individu dalam usaha mereka membendung demonstrasi tersebut.

Tunjuk perasaan di Hong Kong — sebuah wilayah autonomi di bawah China sejak 1997 — telah dicetuskan oleh langkah kerajaan menghalalkan ekstradisi ke tanah besar China.

Rang undang-undang itu kemudian ditarik balik.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan terus memuncak dan mencetuskan desakan agar siasatan berhubung dakwaan keganasan polis dilakukan, aktivis yang ditahan dibebaskan dan istilah rasmi “rusuhan” yang digunakan bagi demonstrasi yang sedang berlangsung itu ditarik balik.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.