Hampir sebulan lebih bercuti, semalam dan hari ini bermulanya sesi persekolahan baru untuk para pelajar di Malaysia. Sudah pasti, pelbagai ragam dan karenah mencuit hati di laman media sosial dengan telatah kanak-kanak.
Sudah tentu setiap ibu bapa akan menemani anak-anak mereka untuk sesi sual kenal bagi membiasakan anak-anak di persekitaran sekolah baru.
Perkongsian seorang ibu, Puteri Seri Mawar mengenai ragam anaknya selepas pulang dari sekolah sangat mencuit hati ramai orang dengan kecomelannya.
“Makanan pun beli sendiqi(sendiri) nah..” mencuit hati orang ramai
Posted by Puteri Seri Mawar on Wednesday, 1 January 2020
Ibunya memberitahu pihak SK semasa dihubungi sebentar tadi, Sumayyah atau Mayah ini memang petah bercakap. Sehinggakan kadang-kadang, ibunya tidak terlayan dengan karenahnya.
Posted by Puteri Seri Mawar on Wednesday, 1 January 2020
Posted by Puteri Seri Mawar on Wednesday, 1 January 2020
Rata-rata netizen memberi komen terhibur dengan gelagat mencuit hati Sumayyah ini. Semoga adik berjaya di masa depan.
Comeii aih…
“Seronok tengok telatah dia..comey”
Sumber: Puteri Seri Mawar