Baru-baru ini seorang lelaki dalam linkungan usia 70-an nyaris maut selepas sejenis bakteria ditemui dalam otaknya.
Menurut laporan, lelaki berkenaan telah dikatakan mandi di sebuah kolam air panas di Taiwan.
Air daripada kolam itu dikatakan memasuki ke dalam rongga hidungnya.
Walaubagaimanapun, beliau pada mulanya dikatakan sihat, namun selepas selang daripada beberapa hari lelaki tersebut mengadu demam dan sakit kepala.
Walaupun sudah beberapa hari dia mengabil ubat-ubatan dan sakitnya itu tidak juga sembuh. Dia kemudiannya pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas itu, doktor yang merawatnya mendapati lelaki terbut menghidap sawan dan segera menjalani rawatan rapi pada bahagian otaknya.
Setelah diperiksa, doktor menemukan satu bakteria jenis Nagleria floleri, yang juga sejenis bakteria pemakan daging dalam otaknya.
Bakteria itu boleh hidup dalam persekitaran yang panas sehingga boleh mencecah suhu melebihi 46 darjah celcius.
Lelaki itu amat bernasib baik apabila dia sempat ke hospital untuk rawatan dan bakteria pada otaknya dapat dikeluarkan.
Namun jika lelaki itu terlewat, doktor menyatakan bahawa peluang untuknya hidup amatlah tipis.
Sumber : Oriental Daily