Sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan sebenarnya sudah lama berlaku. Ramai orang yang membuang sampah di merata-rata tempat tanpa rasa bersalah.
Banyak usaha yang telah dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia mementingkan kebersihan dan tidak merosakkan harta benda awam. Namun begitu sehingga ke hari ini masalah ini masih gagal di atasi.

Menurut seorang pengguna twitter, Tom Holland yang memuatnaik beberapa keping gambar dan video tentang keadaan bandaraya Kuala Lumpur ketika orang ramai sedang meraikan kedatangan sambutan tahun 2020 ini.
Lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa individu yang bertindak spray kereta pengguna jalan raya lain ketika sambutan tahun baru tersebut.
Celebrate new year elok elok la asal nak sampai kotorkan bandar Kuala Lumpur bagai pastu hentak kereta orang spray kereta orang . Kebanyakkan nya semua foreigners aku tak nak mention la negara mana yang pelik malaysians pun sertai dorang . Nak have fun tapi jangan sampai camni pic.twitter.com/mmwzThKSNm
— 𝙏𝙤𝙢 𝙃𝙤𝙡𝙡𝙖𝙣𝙙 🎄🎅🏼 (@adammickail) December 31, 2019
Meraikan sambutan tahun baru tidak menjadi masalah kerana hal ini mungkin menjadikan seseorang itu mempunyai azam dan semangat yang baru sama dalam kehidupan.
Kejadian ini dikatakan berlaku di hadapan Pavillion Kuala Lumpur yang menyaksikan sampah sarap bertaburan di atas jalan raya.
Tambahannya lagi, ianya bukan sahaja dilakukan oleh foreigners namun ianya juga dilakukan oleh warga negara kita juga.
Lagi satu aku tak puas hati dorang dok spray dekat orang yang dorang tak kenal dengan paksaan . Like main sembur je kat muka orang , tourists, budak budak . Takde adab langsung !
— 𝙏𝙤𝙢 𝙃𝙤𝙡𝙡𝙖𝙣𝙙 🎄🎅🏼 (@adammickail) January 1, 2020
https://platform.twitter.com/widgets.js
Namun begitu, sikap yang ditunjukkan itu mencerminkan diri seseorang. Melakukan perkara seperti itu sangatlah tidak wajar kerana ianya akan merosakkan moral anak muda pada masa akan datang.
— 𝙏𝙤𝙢 𝙃𝙤𝙡𝙡𝙖𝙣𝙙 🎄🎅🏼 (@adammickail) December 31, 2019
https://platform.twitter.com/widgets.js
Rata-rata warganet mengutuk tindakan yang yang tidak mempunyai tanggungjawab mencemari bandaraya Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020 pada malam Rabu yang lalu.
“Negara belum boleh menjadi negara maju kerana rakyatnya belum punyai pemikiran maju”
“Benda ni kalau buat kempen sekali pun….tetap sama”
Sumber: Tom Holland, Facebook