Siakap Keli
Kredit Foto: facebook, twitter

”Takde Adab Langsung”, Kereta Didakwa Disembur Cat ‘Geng’ Sambut Tahun Baru, Sampah Kotorkan KL

Sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan sebenarnya sudah lama berlaku. Ramai orang yang membuang sampah di merata-rata tempat tanpa rasa bersalah.

Banyak usaha yang telah dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia mementingkan kebersihan dan tidak merosakkan harta benda awam. Namun begitu sehingga ke hari ini masalah ini masih gagal di atasi.

Gambar sampah sarap bertaburan selepas sambutan tahun baru 2020 (Kredit Foto: facebook)

Menurut seorang pengguna twitter, Tom Holland yang memuatnaik beberapa keping gambar dan video tentang keadaan bandaraya Kuala Lumpur ketika orang ramai sedang meraikan kedatangan sambutan tahun 2020 ini.

Lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa individu yang bertindak spray kereta pengguna jalan raya lain ketika sambutan tahun baru tersebut.

 

Meraikan sambutan tahun baru tidak menjadi masalah kerana hal ini mungkin menjadikan seseorang itu mempunyai azam dan semangat yang baru sama dalam kehidupan.

Kejadian ini dikatakan berlaku di hadapan Pavillion Kuala Lumpur yang menyaksikan sampah sarap bertaburan di atas jalan raya.

Tambahannya lagi, ianya bukan sahaja dilakukan oleh foreigners namun ianya juga dilakukan oleh warga negara kita juga.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Namun begitu, sikap yang ditunjukkan itu mencerminkan diri seseorang. Melakukan perkara seperti itu sangatlah tidak wajar kerana ianya akan merosakkan moral anak muda pada masa akan datang.

 

https://platform.twitter.com/widgets.js

Rata-rata warganet mengutuk tindakan yang yang tidak mempunyai tanggungjawab mencemari bandaraya Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020 pada malam Rabu yang lalu.

“Negara belum boleh menjadi negara maju kerana rakyatnya belum punyai pemikiran maju”

“Benda ni kalau buat kempen sekali pun….tetap sama”

Sumber: Tom Holland, Facebook

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.