Siakap Keli
Kredit Foto: theseoulguide

Takut Kena Tahan Dengan Imigresen? Wanita Ini Kongsi ‘Soalan Bocor’ Wajib Kena Tahu Sebelum ”Travel” Ke Korea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Melancong merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan. Bagi sesetengah orang, melancong merupakan terapi buat mereka untuk menghilangkan tekanan dek kerana kesibukan bekerja.

Tidak mustahil jika luar negara seperti Korea merupakan tempat percutian yang diidam-idamkan oleh ramai orang. Namun begitu, untuk bercuti keluar negara memerlukan banyak persediaan yang perlu dititikberatkan.

Ikuti perkongsian daripada Shah di laman twitter miliknya mengenai tips dan antara soalan yang sering diajukan oleh pegawai Immigration di Incheon Airport untuk melancong ke negara Korea.

First of all, kenapa diorang ketatkan undang2 terutamanya untuk rakyat Malaysia? Last year kalau naik flight & ada rakyat Indonesia, diorang diarahkan untuk line up dan passport di check semula sebelum boarding. This year, rakyat Malaysia pun ada yang kena. Dia pilih random.

Sebab terlalu ramai rakyat muda Malaysia yang fly ke Korea dan kerja di ladang/kilang/hotel budget TANPA work visa atau proper documentation. Tourist visa hanya valid 90hari DAN pemegang tourist visa TIDAK dibenarkan berkerja atas alasan apa2 sekalipun.

Tapi, ramai yang berkerja di luar Seoul (ibarat Seoul ialah KL so memang susah nak cari kerja illegal, tapi bila keluar sikit dari bandar, semua on jer sebab semua buat lek buat dek). So sekarang, polis dan goverment dah banyak buat crackdown di tempat2 macam ni.

Macam mana orang Malaysia dapat kerja je dengan orang Korea? Well, most majikan yang amik pekerja illegal ni diorang bagi tempat duduk, makan dan duit gaj. TAPI! Passport kita majikan akan pegang. So kalau kena tangkap, majikan lari dulu dengan passport so pekerja akan terkandas.

apabila terkandas, mata pun terkebil2 nak jawab dengan polis dan tiada rumah dan kerja lagi, goverment korea terpaksa hantar balik rakyat2 Malaysia pulang DENGAN DUIT GOVERMENT TU SENDIRI jadi bayangkanlah jumlah kerugian Korea.

So apa kena mengena orang2 yang kerja illegal dengan makcik AJK masjid nak annual vacation ke Korea? Kenapa orang yang tak bersalah pulak kena tanya dengan immigration?

1. Ramai yang ke Korea untuk kerja illegal selalunya diberi details tempat duduk bila diorang SAMPAI di Korea.

jadinya bayangkan naik flight, tapi tak sure duduk mana. Jadilah inilah pentingnya kita ambil tau ALAMAT PENUH guesthouse/hotel/airbnb dan no tel owner rumah etc. Kalau tak dapat jawab di immigration, dia dah mula suspicious. Nak bercuti tapi takkan tempat tinggal pun tak tau?

So sebelum fly ke Korea ingat untuk print Flight Itinerary & Trip Details. Trip details ni termasuk plan apa kita nak buat di Korea. Sekalikan dengan alamat guesthouse/hotel tu sekali. Make sure semua details betul sebab technology di Korea ha jangan main2. Contoh paling selamat:

Lagi satu, kalau ada nak bawa makanan atau ubat. List down semua dalam satu kertas. Maggi, padanol, ubat cap kapak apa semua letak walaupun barang tu sekecil sebutir garam. Kalau nak lagi selamat, list down ingredients of the makanan. Google je la “Maggi Kari Malaysia ingredient”

Make sure kita ada RETURN ticket. Jangan beli one way ticket dan fikir nak lepak2 di Korea lepas tu baru beli ticket balik masa di Korea. Immigration tidak akan lepaskan kalau tak ada return ticket unless you ada reason atau surat valid (visa kerja etc).

Macam haritu saya beli 1 way ticket ke Seoul dari AirAsia dan beli ticket dari Seoul to Osaka dengan Japan Peach Air. Masa di KLIA dan di Incheon Airport, kena tunjuk semua flight details ni walaupun tak balik ke Malaysia. Diorang nak pastikan kita KELUAR dari Korea.

Ok kita dah selesai semua documents tiberrr pulak immigration banyak tanya. Dah tu kita nak jawab apa? Disini saya sediakan berberapa soalan2 hot yang selalu diajukan oleh akak dan abang immigration di Korea fulamak cam kertas bocor UPSR 2005 pulak.

1. How long will you stay in Korea? Ni soalan paling famous. Of course la jawapan dia kurang dari 90hari (visa tourist) tapi dia nak jugak tau dengan lebih detail. So jawapan contoh: I will stay here for 1 week. My flight is on next Thursday, 3rd October. Ha gittew 10markah wow

2. What is the purpose of your visit? / Why are you visiting Korea? Of course la jawapan dia sebab nak jumpa Jimin BTS dan minum banana milk?? SALAH! Cakap la, I am traveling with my family. It’s our first time here and we will try to go to Nami Island. Gittchewww

3. Where are you staying? Contoh: I will stay at Prince Hotel in Myeongdong. Ni la penting kita amik tau nama tempat kita nak duduk terutamanya nama hotel dan nama bandar walaupun pergi dengan tour guide / tour group. Tak boleh jawab kena tinggal, ok?

4. Are you traveling alone? Ni juga soalan famous. Sebab apa? Sebab mostly yang travel solo atau dengan kawan seorang akan pergi untuk cari kerja HAROM haaa so kalau you muda, traveling solo / bawa kawan seorang, dan naik flight tarikh paling murah, sila bersedia untuk jawab.

Macam saya, 99% of the time saya fly seorang. So saya akan berterus terang. Yes, I am by myself / I am flying solo. DAH. CUKUP. Tak payah explain putar belit hal lain UNLESS dia tanya lagi.

Pernah sekali dia tanya. Why are you flying alone? Biar la aku nak travel sorang salah ke? TAK SALAH! Tapi kalau pergi Korea, kerja illegal, lepas tu lari dari goverment tu SALAH! So saya cakap, I plan to explore Seoul as much as I can before going back to work in Kuala Lumpur.

5. Why are you back in Korea? *Ni untuk kalau yang selalu ulang-alik ke Korea macam saya. Untuk saya, saya selalu berterus terang. I am working for a Korean company in Kuala Lumpur ( XX Company) and we have a meeting scheduled tomorrow in Gangnam. Tapi kalau travel je?

Kalau you traveler sahaja, bagitau juga terus terang. Last year I came with my family during summer so this year we want to experience the snow. Simple dan reasonable.

Kalau you datang balik Korea sebab nak tengok concert BTS, bagitau je. I am attending BTS concert in Jamsil Stadium this Saturday. As long as you ada reason yang valid, dan you tau nak pergi mana / nak buat apa di Korea, should be ok.

So, sebelum lalu immigration tu, sediakanlah semua paper, itinerary, dan be ready untuk jawab soalan2. Paling tak pun kalau malas print, simpan semua buat satu PDF file lepas tu save dan whatsapp dalam group supaya semua yang travel sekali dengan kita ada information sama.

Ok tu saja nanti kalau teringat saya tambah dan kalau ada soalan atau nak tau apa2 pasal nak ke Korea, sila tanya je saya insyaAllah saya akan bantu.

Sumber: Shah

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.