Setelah pendedahan demi pendedahan dibuat ke atas penindasan yang terjadi terhadap etnik Uighur di China, dunia kini telah banyak memberikan perhatian akan nasib yang melanda etnik itu.
Pasti ramai yang tidak mengetahui tentang kehidupan yang dilalui oleh etnik Uighur di China pada ketika ini.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Zikri Fuad dan Khir Ariffin ada berkongsikan tentang pengalaman mereka ketika di Xinjiang bersama dengan etnik Uighur. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
“Kenapa kamu belanja kami makan?”
Ismail moga cita-cita kamu tercapai demi iman dan islam.
Ketika di Shadian, China kami bertemu dengan Nadia seorang warga China bangsa Uighur.
Peliknya muka si Nadia ni langsung takde rupa orang cina pun.
Ya, memang bangsa Uighur ni mirip orang Turki. Mereka juga boleh berbahasa Turki selain fasih bahasa cina.
Nadia masih rindukan kampung halamannya. Bergenang air matanya bila menceritakan nasib kaum kerabatnya di Xinjiang.
Jadi orang buruan kerana keluar dari wilayah Xinjiang
Kegembiraan Nadia jelas di raut wajahnya bila mengetahui kami akan ke Xinjiang dalam melengkapkan perjalanan Kembara Inspirasi Haji – KIH .
“I want to follow” reaksi sepontan dari Nadia. Namun raut wajah yang gembira bertukar sedih.
Beliau kini menjadi orang buruan hanya kerana keluar dari wilayah Xinjiang untuk mencari rezeki.
Ya, mereka yang keluar sahaja dari wilayah tersebut di anggap pengkhianat dan jika pulang semula akan ditangkap.
Begitulah muslim di Xinjiang diperlakukan oleh kerajaan China.
Pertemuan dengan Ismail
Nadia bersungguh-sungguh menyuruh kami bertemu kenalannya Ismail setibanya kami di sana nanti.
Haji Mohd Izam kami beri tugasan untuk berkomunikasi dengan Nadia dan Ismail melalui wechat sebab dia ada sikit-sikit asas berbahasa cina dengan di bantu oleh apps.
Setibanya kami di salah sebuah bandar di Xinjiang haji Izam menghubungi Ismail. Hajat kami untuk menggali info lanjut dari Ismail berkenaan penindasan terhadap muslim di Xinjiang.
“Ismail, let’s go for dinner.” Ujar saya degan penuh semangat dan teruja.
“Ke mana dia nak bawak kita ni? Wah…. macam tempat mahal je ni” ujar saya kepada group.
Ketika menunggu hidangan tiba kami ambil kesempatan bertanyakan pelbagai soalan secara berjemaah kepada Ismail. Namun awal lagi di berpesan “here we cannot talk about islam, solat and Al Quran”
Kami semua terkedu sambil berpandangan.
Haji Izam terus tukar topik kepada soalan peribadi. “Are you married?”
“No I’m still single” balas ismail dengan riaksi muka yang sukar melontar senyuman.
“Why? You very hendsome and women here very pretty” haji izam mula mengusik ismail dengan harapan dia mengukir senyuman.
“Women here no good” balas ismail dengan nada serius.
Titik hitam kehidupan etnik Uighur
Saya merasa curiga dan tak puas hati dengan jawapan ismail. Saya cuba mengorek maksud “no good” yang disampaikan oleh ismail dengan nada serius itu.
Akhirnya Ismail akur dan menceritakan titik hitam kehidupan mereka disana.
Dibumi Xinjiang tidak ada lagi generasi yang boleh membaca Al Quran.
Di Xinjiang tidak ada lagi kelihatan generasi yang solat.
Rupanya Ismail juga tidak sabar-sabar berjumpa kami selepas Nadia memberi tahunya bahawa kami akan ke Dubai.
Ismail sangat berhajat untuk berhijrah ke Dubai demi satu pesanan dari bapanya. “If you want to be a good muslim, you must know how to pray and read Quran”
SubhanAllah…..
Kami tertunduk malu dengan perkongsian ismail. Seorang anak muda yang bersungguh menjaga imannya dan sentiasa mencari jalan untuk menjadi seorang muslim yang baik.
Barulah saya faham apa yang di maksudkan “no good” oleh ismail. Dia mengimpikan jodoh yang pandai solat dan membaca Al Quran. Untuk mencapai impiannya dia perlu terlebih dahulu menjadi seorang Muslim yang baik.
Satu demi satu hidangan mewah di hadapan kami.
Saya merenung haji Jasmi Jantan “cukup tak duit kita nak bayar ni?”
Ismail merupakan seorang pemandu teksi. Hari itu dia sanggup bercuti demi menyantuni kami. Dia boleh berbahasa inggeris walau tidak fasih
Sedap sungguh makanannya.
Selesai makan haji jasmi meminta Ismail memanggil waiter untuk hantar bil.
“I already pay” jawab Ismail sambil mengukir senyuman.
“But why, you already help us. Let us pay” soal saya dengan rasa penuh bersalah. Sudahlah dia terpaksa bercuti membawa teksi. Dia pulak belanja kami makan pelbagai hidangan di restoran yang mewah.
Jawapan Ismail menyababkan kami sebak.
“Kamu musafir dan kamu tetamu Allah. Saya merasa bangga kamu menjadi tetamu saya”
SubhanAllah. Mulianya hati kamu ismail. Walau kamu di tekan dan diuji sekuat ini namun akhlak kamu lebih islam dari kami. Kami berpelukkan sebelum berpisah.
Sumber: Zikri Fuad/Khir Ariffin