Musisi Ahmad Dhani Prasetyo dibebaskan pada 30 Disember yang lalu dan meninggalkan Penjara Cipinang, Jakarta Timur. Ahmad Dhani bebas selepas menjalani hukumannya, berkaitan kes menyatakan kebencian melalui Twitter.
Selepas dibebaskan, Dhani dan keluarganya segera menaiki kereta komando untuk disambut peminat dan penyokong ke rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan.
Ahmad Dhani bebas dari penjara..#AWANIByte pic.twitter.com/wSfNqj3qBV
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) January 2, 2020
“Di rumah, di rumah (sidang akhbar),” kata Dhani dalam kereta komando.
Penyanyi Dewa Band Ahmad Dhani itu dijemput oleh isterinya Mulan Jameela dan tiga anaknya, Al, El dan Dul. Ahmad Dhani menjadi banduan Penjara Cipinang, setelah dihukum penjara selama satu setengah tahun oleh Majlis Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, 28 Januari 2019.
Sumber : Awani