Kisah seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menyayat hati apabila dia terpaksa mengheret badannya diatas jalan kerana keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan demi mencari sesuap nasi.
Tular mengenai satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook, Gani Wang Ritam Pali yang memaparkan seorang lelaki OKU terpaksa bekerja keras dengan melakukan pelbagai kerja seperti mencari botol, surat khabar dan sebagainya.
Lelaki berkenaan dilihat tidak dapat berjalan seperti orang lain namun masih mampu bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Malah, dia turut menggunakan sebuah kereta sorong kayu untuk meletakkan barang-barang yang dikumpulkan.
Keadaannya yang tidak mampu berjalan dan hanya mampu mengesotkan badannya untuk bergerak telah menimbulkan perasaan belas kasihan daripada netizen.
Ya Allah bertapa aku selalu melupakan karuniaMu ,ternyata masih ada orang yg belum seberuntung diriku,,,ampuni dosa ku ya Allah.
Posted by Gani Wang Ritam Pali on Tuesday, 17 December 2019
Orang ramai yang menonton video ini mendoakan agar lelaki ini sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ya Allah limpahkanlah berkatmu atas orang ini”
“Ya Allah alangkah sedihnya aku yang melihatnya”
“Ya Allah berikanlah dia rezeki yang banyak”
Sumber: Gani Wang Ritam Pali