Siakap Keli
Kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

(Video) Lucu, Telatah Anak Ajak Ayah Pergi Sekolah Pukul 6.30 Pagi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bermacam ragam anak-anak boleh kita lihat di hari pertama persekolahan. Ada yang teruja bertemu rakan, ada pula yang menangis tak mahu ke kelas hingga ibu bapa perlu ‘tunggu’ buat sementara.

Biarpun adakalanya gelagat mereka memeningkan kepala guru-guru dan ibu bapa, kita tak dapat nafikan bahawa ada juga lucunya.

Penceramah bebas, tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi baru-baru ini berkongsi video anaknya, Al-Fatih yang terlalu bersemangat untuk ke sekolah. Baru pukul 6.30 pagi dah diajaknya si ayah untuk ke sekolah. Berjalanlah mereka di dalam gelap. Takut lewat katanya. Lucu betul.

Hari kedua sekolah, semangat budak ni lain macam. 6.30 pagi dah ajak pergi sekolah. Jalan kaki pula tu. Gelap lagi ni nak oiii.. 🤣

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Wednesday, 1 January 2020

Geli hati dengan telatah Al-Fatih, ada juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman lucu dengan anak masing-masing di hari kedua persekolahan.

Nak sampai lebih awal, menangis ayah hantar on time

Pukul 5.30 pagi dah kejutkan mak

Moga cemerlang dunia akhirat

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Amira

Love yourself.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.