Sambutan tahun baru pastinya lebih meriah dengan tembakan bunga api di udara. Setiap negara mempunyai kreativiti dan cara yang tersendiri dalam menyambut tahun baru.
Begitu juga dengan Jepun, negara yang terkenal dengan gaya hidup mereka yang teratur dan bersih.
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu kiriman video yang menunjukkan tembakan bunga api di Jepun.
Negara matahari terbit itu menyambut tahun baru dengan sangat meriah dan mendapat perhatian dari seluruh dunia apabila tembakan bunga api tersebut kelihatan sangat kemas dan tersusun rapi.
Tengok Jepun dia punya bunga api pun terususun rapi😂 pic.twitter.com/u0dSUF5HXK
— Cuti cuti kaki travel 🇲🇾 (@IsskndarAriffin) January 1, 2020
Tak silap aku dorang punya ni pakai control panel hahaha tak macam kita pakai lighter, jiran bakar sekotak, kita pun bakar sekotak.
Cantik sangat. Tak serabut
Sumber : Twitter