Siakap Keli

(Video) Seram, Detik-Detik Kerusi ‘Fun Fair’ Tengah Pusing Laju Tercabut & Orang Melayang Jatuh

Dua pengunjung taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina mengalami detik-detik cemas apabila kerusi permainan yang dinaiki mereka di sebuah ‘fun fair’ dekat Kompleks Ynares mengalami masalah teknikal.

Dalam insiden tersebut, seramai dua orang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas permainan yang dinaiki mereka itu secara tiba-tiba tercabut.

Dalam video yang berdurasi selama 1 minit 45 saat itu, seorang mangsa dilihat tercampak keluar daripada kerusi permainan tersebut manakala seorang lagi dilihat masih lagi berada di kerusi ‘fun fair’ berkenaan.

Petugas permainan tersebut dengan segeranya dilihat memberhentikan permainan tersebut dan bergegas ke arah mangsa sejurus selepas menyedari akan insiden berkenaan.

Menurut GMA News, Pengendali karnival tersebut telah menyatakan bahawa mereka sedia menanggung bil perubatan hospital yang ditanggung oleh mangsa.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: GMA news

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.