Siakap Keli
Foto: CNN

Didakwa Bunuh Ibu Sendiri, Pelakon Filem ‘Captain America’ Ditangkap Polis

Salah seorang pelakon dalam filem Captain America : The First Avenger, Mollie Fitzgerald ditahan atas tuduhan membunuh ibu kandung di kediaman mereka mereka di Amerika Syarikat.

Menurut laopran media CNN, pelakon ini membunuh ibunya, 68 tahun di kediaman mereka di Kansas Amerika Syarikat pada 20 Disember lalu.

Menurut pihak berkuasa mendapat laporan mengenai ancaman bersenjata di lokasi terbabit sebelum menemui mayat mangsa dengan kesan tikaman.

Fitzgerald kini ditahan di penjara dengan nilai bon sebanyak 500,000 dolar bersamaan RM 2.5 juta.

Wanita ini memain watak sebagai ‘Stark Girl’ dalam filem tersebut pada tahun 2011 lalu. Bahkan, wanita ini juga pernah menerbit dan mengarahkan filem The Creeps dan The Lawful Truth.

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka bahawa pelakon ini terlibat dalam kancah pembunuhan melibatkan ibu kandungnya.

Sumber: CNN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.