Siakap Keli

Jantung Berhenti Malam Jumaat Sebaik Azan Dilaungkan, Guru Hiba Lihat Jenazah Pelajar Tersenyum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehidupan dunia bukanlah kehidupan hakiki, ia hanyalah tempat persinggahan buat seketika untuk sampai ke tempat tujuan, iaitu akhirat yang kekal abadi. Setiap saat kematian itu boleh berlaku bila-bila masa tanpa mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan.

Seperti perkongsian oleh seorang guru, Ustazah Ainon Mardziah Elias, melalui laman facebook mengenai kisah bekas pelajarnya di sekolahnya yang telah menghembuskan nafas terakhir semalam.

Memiliki budi pekerti yang tinggi serta menghormati semua guru, pemergian bekas pelajarnya yang dikenali Abdullah Annur atau Lah, dirasai oleh insan sekeliling.

Difahamkan, menurut Ustazah Ainon Mardziah Elias, dia mendapat berita pada 24 Disember lalu bahawa Lah jatuh sakit dan koma kerana mengalami pendarahan otak.

Ia kemudiannya disusuli dengan pemergian pemuda itu yang dikatakan berada di rumah sakit di Bandung, Indonesia, pada malam jumaat semalam.

Pergi pada malam Jumaat

Lah yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata, disifatkan Ustazah Ainon Mardziah Elias sebagai seorang yang tidak mengenal erti penat dalam melaksanakan aktiviti dakwah dan kebajikan.

Isterinya yang tabah, juga langsung tidak menitiskan air mata ketika diuji dengan pemergian suami.

Sumber : FB Ustazah Ainon Mardziah Elias

Tidak tahu erti penat, dakwahnya diutamakan

Malah, apa yang lebih menyediahkan buat Ustazah Ainon Mardziah Elias, kini selepas ini sudah tiada lagi mesej daripada bekas pelajarnya itu yang tidak lupa untuk bertanyakan khabar guru.

Sumber : FB Ustazah Ainon Mardziah Elias

Namun, wajah jenazah yang sempat ditatap oleh Ustazah dalam keadaan tersenyum manis, menyebabkan semuanya redha di atas segala ketentuan yang telah ditetapkan-Nya.

Mudahnya urusan.. wajah tersenyum manis..

Sumber : Ustazah Ainon Mardziah Elias
Sumber : Ustazah Ainon Mardziah Elias
Sumber : Ustazah Ainon Mardziah Elias

Mulainya pemergian insan ini apabila Lah turut dikatakan pergi sebaik sahaja selesai azan maghrib berkumandang.

Pergi sebaik azan Maghrib

Semoga roh hamba Allah yang disayangi, saudara Abdullah Annur ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan menjadi saksi kepada yang hidup untuk sentiasa berbuat baik dan menyantuni insan-insan di sekeliling.

Sumber : FB Abdullah An-nur

Sumber: Ustazah Ainon Mardziah Elias

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.