Siakap Keli

Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Ditemui Mati Tergantung Pada Pemegang Tangga

Memetik daripada laporan berita, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati tergantung di rumahnya di Selangor.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd Sabri Abdullah menerima panggilan pada 6.55 pagi semalam dari sebuah hospital swasta yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ibu bapanya.

“Siasatan mendapati bahawa mangsa mati tergantung merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik kali terakhir dilihat masih hidup pada 9 malam semalam.”

“Ibu bapanya menemukan mangsa pada 5.30 pagi keesokan hari dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Sabri berkata ibu bapa mangsa membawanya ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.

“Siasatan polis tidak menemui sebarang perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah dan keterangan dari kesemua ahli keluarga mangsa telah diambil dan tiada yang mencurigakan.

Menurutnya lagi, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan gantung diri, tiada kecederaan lain berunsur jenayah atau serangan seksual.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang