Siakap Keli

”Kecil-Kecil Dah Ajar Anak Jadi Kurang Ajar..” Muat Naik Gambar Anak, Aeril Zafrel Teruk Dikecam

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian ramai peminat baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.

Terbaharu, melalui laman Instagram, Aeril telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya sempena hari pertama mereka memulakan sesi persekolahan.

Ayah doakan kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah..

Namun, apa yang menarik perhatian apabila gambar yang dimuat naik tersebut telah menerima kecaman segelintir netizen.

Mereka menyifatkan Aeril sebagai tidak pandai mendidik anak berdasarkan penampilan anaknya yang dikatakan melanggar peraturan sekolah.

Ujar Aeril, dia hanya memuat naik gambar tersebut untuk disimpan sebagai kenangan dan tidak menyangka perkara sebaliknya pula yang terjadi.

Niat nak upload buat kenangan je

Rambut serabai, baju tak bergosok dan selekeh

Kecil-kecil dah ajar anak jadi kurang ajar

Rata-rata netizen yang tampil memberi sokongan, turut mengecam tindakan individu yang meninggalkan komen sedemikian.

Dah la hina anak orang

Mulut manusia tak boleh ditutup tapi boleh ditampar

Dengki macam tu lah

Sumber : @aerilzafrel

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra