Siakap Keli
Foto: Twitter Andi

Rakan OKU Tulis Karangan UPSR Mengenainya, Nasihat Sahabat ‘Istimewa’ Buat Remaja Ini Menangis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih sayang seorang sahabat tiada penghujungnya. Mungkin ramai di antara kita yang mempunyai sahabat karib semasa di sekolah mahupun di tempat kerja.

Namun, pernah atau tidak kita berkawan dengan insan ‘istimewa’? Ya, sesetengah orang yang suka berkawan dengan mereka ini kerana ia dianggap sebagai satu keajaiban. Ikhlas hati SK pun suka berkawan dengan golongan istimewa ini.

Perkongsian menarik ini daripada Andi_ND di lama Twitternya mengenai seorang sahabat karibnya di sekolah rendah dahulu merupakan insan ‘istimewa’.

Katanya, kawannya itu merupakan seorang pelajar autism. Ada satu perkara yang membuatkan dia tersentuh apabila rakannya ini menulis karangan mengenainya semasa di sekolah.

Karangan dia pasal kawan, dia cerita pasal aku… Cikgu panggil untuk aku baca… dia memang insan istimewa

Aku baca sambil menangis…

Mula-mula aku pun tak percaya tapi cikgu bahasa Melayu yang panggil aku suruh baca karangan dia dalam kelas. Aku baca karangan dia dan ya semua cerita dalam karangan tu dia cerita pasal aku. Dia kenal aku macam mana, aku selalu teman dia makan teman dia balik, tak bagi orang kacau dia. 

Masa aku baca karangan aku menangis weh sebab aku tak sangka dia luahkan apa yang dia rasa dekat dalam karangan dia. Aku ingat lagi karangan tu dia ade cerita kawan baik dan kawan yang selalu kacau dia. Bila aku baca part kawan aku yang nakal tu semua gelak.

Aku memang jaga sahabat istimewa ni even ada cikgu khas yang jaga…

Inilah wajah Andi semasa kecil.

Nak berkawan dengan pelajar istimewa ni bukan senang nak rapat tapi bila dia selesa dengan aku. Ya, aku memang jaga dia even dia ada cikgu khas yang jaga dia nama dia Teacher Mala. Cikgu Indian. Teacher Mala ni baik sangat selalu bawa aku makanan rehat untuk aku ngan Hazim.

Kata teacher Mala makanan ni mak Hazim ni yang masak. Ya Allah masa aku baca karangan tu serius aku bersyukur sebab layanan aku dapat buat otak dia berkembamg. Hazim ni minat melukis. Tiap kali melukis dia akan pergi kat aku nak tengok aku lukis and dia mesti suruh ajar.

Seronok bila jaga dan mengajar Hazim ni sebab sometimes apa yang dia lukis luar dari jangkauan kita sendiri. Apa yang membuatkan aku bangga dan bersyukur lagi adalah keputusan UPSR dia dapat 4A1B tak silap. Aku bersyukur gila dia peroleh kejayaan tu. Masa tu ak UPSR 1A je.

Dia datang kat aku masa amik result dia peluk sebenarnya dari jauh dia dah panggil nama aku sebab dia happy. Erm teringat Hazim ni harap dia baik-baik je. Lepas UPSR dia ade masuk TV9 sebab kecemerlangan dia dalam UPSR. Masa tu aku tengok tv dia sebut dia cakap terima kasih kat aku. 

Dia pesan, jangan pernah berhenti untuk buat baik dan jangan lupakan dia…

Dia kata terima kasih sebab selama ni jaga dia dan selalu ada dengan dia. Aku menangia masa tu peluk mak aku. Aku cuma nak cakap pelajar istimewa ni bukan senang nak jaga tapi bila dia dah selesa dengan kita tambah pulak dia pandai. Bila dia berjaya dia mesti akan ingat sape jaga dia.

Masa yang dia masuk tv9 tu live dia call rumah aku, masa tu tv9 bagi peluang untuk call secara live. Aku menangis bila bercakap dengan dia. Dia ade pesan dekat aku jangan pernah berhenti buat baik and jangan lupa dia. Then dia pesan belajar pandai-pandai. Aku nangis pelik mak aku.

Saya nak jumpa dia dan cakap saya dah berjaya.

Saya pun rindu nak jumpa and tahu perkembangan dia. Nak bagitahu yang saya dah berjaya capai apa saya nak dan masih dalam perjuangan lagi.

Tambahnya lagi, jika diberi kesempatan, dia ingin berjumpa dengan sahabat karibnya iaitu Hazim Rosdin seorang anak istimewa autime.

Sumber: Andi ND

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang