Siakap Keli

(Video) Sebak, Ayah Sanggup Terbang Jauh Dari Malaysia Semata-mata Rindu Nak Tengok Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai seorang bapa, sememangnya membuatkan anak mereka berasa bahagia merupakan kewajipan yang perlu dilakukan. Pelbagai cara boleh dilakukan tidak kiralah sekecil-kecil usaha sehingga sebesar-besar pengorbanan.

Begitulah situasi yang tular di media sosial apabila satu rakaman seorang bapa mengunjungi anaknya di luar negara telah menyentuh hati rata-rata netizen. Mana tidaknya, si bapa sanggup merentas negara seorang diri semata-mata untuk melihat anak gadisnya.

Menerusi perkongsian berkenaan, gadis berkenaan mengatakan bahawa bapanya datang seorang diri untuk mengunjunginya ketika cuti ulangkaji.

Saya mempunyai bapa yang berlepas dari Malaysia ke tempat saya belajar untuk memberi kejutan ketika minggu ulang kaji. Ia sememangnya pengakhiran 2019 yang baik untuk saya. Alhamdulillah ya Allah.

Tambahnya melalui bebenang seterusnya, bapanya telah memaklumkan mengenai penerbangannya sehari sebelum jadual penerbangannya. Lebih menyentuh hati adalah apabila bapanya datang seorang diri tanpa ibu dan masih boleh bertahan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga Twitter turut terkesan dengan usaha yang dilakukan oleh bapa gadis berkenaan. Malah, ada yang mengatakan bahawa gadis tersebut sangat beruntung dikurniakan bapa seperti itu.

“Kasih ibu bapa. Demi anak sanggup habis beribu pun takpe”

“MasyaAllah sis untungnya awak dapat ayah macam ni”

“Aku dengar dia gelak tapi mesti airmata keluar sekali. Sebaknya rasa, last dapat pelukan arwah abah masa umur 4 tahun”

Sumber: shaneisan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra