Tidak semua orang di atas muka bumi ini sanggup berkorban nyawa untuk orang di sekelilingnya. Walaupun begitu, masih ada segelintir pihak yang tidak kisah akan keselamatan dirinya asalkan komuniti sekitarnya tidak mengalami sebarang kesusahan.
Begitulah yang dapat digambarkan melalui tindakan seorang lelaki yang menggadaikan nyawanya masuk ke dalam lubang penuh berisi air kotor. Tindakan itu dipercayai untuk membersihkan lubang terbabit yang tersumbat dengan air.
Rakaman tersebut telah tular di media sosial yang menampakkan warga Twitter sangat bersenang hati dengan pengorbanan lelaki tersebut.
Full video #indonesia pic.twitter.com/wSQKPHFgBk
— Aris Hardiyanto (@arishardiyant) January 1, 2020
Berdasarkan rakaman berkenaan, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek telah menyelam ke dalam lubang sementara seorang lagi sedang memegang tangga. Setelah beberapa ketika, air pada lubang tersebut disedut sebaik lelaki itu naik ke permukaan.
Tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan sememang membahaya dirinya sendiri. Namun, bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk dialami oleh penduduk setempat, dia sanggup melakukan perkara sedemikian.
Meninjau reaksi netizen, rata-ratanya sangat berbangga dan berterima kasih dengan lelaki berkenaan yang telah menghiraukan keselamatan dirinya.
“Hero yang sebenar. Harap dia dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan”
“Wow, ianya tidak disangka-sangka”
“Tiada siapa yang ingin melakukan kerja seperti ini. Suka dengan lelaki ini”
Sumber: cctv_idiots