Siakap Keli

”World War 3” Trending Di Twitter, Warganet Dunia Gusar Risiko Perang AS-Iran Meletus

Susulan daripada insiden serangan yang telah mengorbankan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani, netizen-netizen di media sosial mula menyatakan kerisauan akan kemungkinan berlakunya perang dunia yang ketiga dalam masa terdekat ini.

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, serangan itu telah diarahkan sendiri oleh Presiden Donald Trump. Difahamkan, ianya dilaksanakan bertujuan bagi menyekat rancangan Jeneral itu untuk menyerang diplomat Amerika serta anggota perkhidmatan mereka di Iraq.

Selepas media-media antarabangsa mengesahkan kejadian serangan yang membunuh salah seorang Jeneral tertinggi Iran ini, “World War 3”, Iran dan Islam dilihat menjadi trending di Twitter.

Sebilangan netizen mula meluahkan kegusaran akan berlakunya perang dunia ketiga di antara Amerika Syarikat dan Iran dalam masa yang terdekat berikutan insiden serangan itu. Beberapa netizen juga turut menjangkakan bahawa kerajaan mereka akan mengerah rakyatnya untuk menyertai tentera bagi berjuang sekiranya perang dunia ketiga akan berlaku.

Seperti yang kita ketahui, hubungan Washington dan Tehran tidaklah begitu baik sebelum ini. Dan serangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini dilihat akan mengeruhkan keadaan dan hubungan di antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu.

Susulan daripada insiden serangan ke atas Mejar Jeneral Qassim Suleimani, Pemimpin tertinggi Iran untuk kali pertamanya dilaporkan telah mempengerusikan mesyuarat majlis keselamatan kebangsaan.

Terkini, Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Baghdad menyeru kepada semua warga AS supaya meninggalkan Iraq dengan kadar segera.

Israel pula dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar susulan pembunuhan Soleimani.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.