Siakap Keli
Gambar anak puan ain kadel
Gambar: Puan Ain Kadel

”Zero Reject Policy” Mudahkan Anaknya Bersekolah, Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perletakan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik pada 3 januari lalu sangat mengemparkan seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan pendidikan. Bahkan ia menimbulkan reaksi dan persoalan orang ramai.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang ibu yang mempunyai anak masalah dalam Global Development Delay, Speech Delay dan dyslexia untuk proses penukaran dari Singapura ke Malaysia.

Budi baik dikenang jua

Setahun sebelum Dr Maszlee menjadi Menteri Pendidikan, permohonan kami untuk memasukkan anak ke-3 kami (warganegara Singapura) yang di diagnosed oleh pakar kanak-kanak hospital Kandang Kerbau Singapore sebagai Global Development Delay, speech delay and dyslexia, ke kelas PPKI Tahun 1 di sekolah kerajaan di Jb ni sangat susah.

Kami ke PPD Jb. Kemudian di tolak ke sekolah. Dari sekolah kami ditolak semula ke PPD. Dan di PPD kami ditolak pergi ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Dan setelah sampai ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya, kami di tolak semula ke PPD Jb. Dan PPD Jb masih tiada jawapan juga. Dan akhirnya kami hantar anak kami belajar di tempat swasta.

Tetapi apabila kami ingin memohon sambungan long term social visit, pihak immigration tidak approved kerana umur 7 tahun ke atas kena apply student permit.

Halangan berliku semasa pertukaran anak istimewa…

Dan apabila kami ingin memohon kepada student permit atas nama sekolah swasta anak kami, pihak immigration tidak mahu meluluskan pula atas sebab bukan sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Bukan mudah ok untuk sekolahkan anak istimewa kami ni. Setahun kami ikat perut ketat-ketat untuk membayar yuran bulanan dia hampir rm1K, manakala membayar yuran semester setiap 3 bulan sebanyak hampir rm3K. Air mata yang tumpah tu macam sungai.

Setelah kehadiran Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan pada waktu itu, inilah perubahan besar untuk kami meraikan buat anak istimewa ini. Dia diterima masuk ke kelas PPKI Tahun 2. 

Gembira tak terkira…Terima kasih Dr Maszlee

Walaupun kami tetap ditolak seperti bola ke sana sini pada awalnya. Tetapi setelah kami bertegas mahu berjumpa orang kanan PPKI di PPD, Tuan itulah telah membantu meluluskan permohonan untuk anak kami. Alhamdulillah. Gembira tak terkira.

Kami tetap terhutang budi pada Dr Maszlee atas zero reject policy yang dia tetapkan apabila dia mengambil alih Kementerian Pendidikan. Beliau benar-benar mengotakan janjinya pada anak-anak istimewa kami. Terima kasih Dr Maszlee. Jasa mu tetap terpahat di hati ini.

Sumber: Ain kadel

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang