Siakap Keli
Kredit: Google

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

SEREMBAN, 4 Jan (Bernama) — Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang memotong rumput di kawasan kebun berkenaan.

“Polis menerima satu panggilan daripada seorang anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari yang memaklumkan berhubung penemuan itu.

“Setibanya di kawasan berkenaan, polis mengesahkan mengenai penemuan bom itu dan terus memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bom itu berjaya dimusnahkan pada 4.27 petang semalam dalam keadaan selamat.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.