Siakap Keli
cuaca panas
Kredit: Google

Cuaca Kering & Kurang Hujan Diramal Hampir Diseluruh Negara Hingga Mac, Orang Ramai Dinasihat Jimat Air & Elak Pembakaran Terbuka

Selepas musim banjir, negara kita dijangka bakal mengalami cuaca kering pula sehingga suku pertama tahun ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengeluarkan nasihat buat orang ramai agar menjaga kesihatan menjelang musim ini.

“Negara kita berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut sehingga penghujung Mac 2020.

“Dalam tempoh ini, Semenanjung Malaysia akan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan cuaca kering terutama negeri-negeri di utara.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat, hadkan aktiviti luar, banyak minum air dan elak pembakaran terbuka. Rujuk kenyataan penuh Jabatan Meteorologi Malaysia,” tulis kenyataan berkenaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MetMalaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.