Siakap Keli

Kini Sering Tweet Dalam Tulisan Jawi, Raja Permaisuri Agong Seru Lebih Ramai Martabatkan & Buat Perkara Sama

Kebijaksanaan Tuanku Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah dalam berbicara mengenai isu-isu semasa sentiasa dikagumi rakyat jelata, khususnya bagi mereka yang mengikuti perkongsian aktif Baginda di Twitter.

Antara lain, Baginda ketika ini banyak memuat naik status dalam tulisan Jawi yang rata-rata disambut baik oleh warga netizen.

Malah dalam satu tweet yang dimuat naik baru-baru ini, Baginda turut mengajak lebih ramai warga maya supaya memuat naik tweet dengan menggunakan tulisan Jawi.

”Tulisan Jawi adalah warisan kita orang Melayu. Mari kita semua gunakan dan martabatkan tulisan Jawi jadi kita semua senang baca”, titah Baginda.

Seruan tersebut disambut baik oleh netizen yang mula membalas tweet berkenaan menggunakan tulisan Jawi.

”Sangat setuju dengan Tuanku….”, kata pemilik akaun Abg M.

”Kami menyahut seruan Tuanku. Ampun Tuanku”, kata Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

”Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, maka Jawi seharusnya (menjadi) warisan kebangsaan”, kata pemilik akaun Hoong Ling pula.

Anda boleh mengikuti Twitter @cheminahsayang untuk mendapatkan perkembangan-perkembangan terkini yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong.

Sumber: Twitter @cheminahsayang

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.