Setiap daripada kita mempunyai pelbagai kisah yang mungkin tidak pernah mampu dirasai oleh orang lain namun semuanya akan dipermudahkan jika kita terus yakin pada ketentuan ilahi.
Ada yang bernasib baik kerana mempunyai kehidupan yang senang dan harmoni bersama ibu bapa masing-masing tetapi ada juga yang tidak mempunyai nasib yang sama.
Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh Izzah Hadi, beliau berkongsi kisah hidupnya bersama ibu merupakan seorang tukang masak di kedai.
Ciapan yang mendapat sebanyak 8.9 ribu retweets dan 7.5 ribu likes itu juga mengundang sebak netizen apabila ibu bapa Izzah telah berpisah dan kini hanya tinggal ibunya sahaja yang bertungkus lumus mencari rezeki.
Aku tak boleh bayang macam mana penat mak aku
Nak dengar satu cerita sedih tak?
Parents aku dah berpisah.. Sebelum ni ayah dengan mak aku yang tukang masak dekat kedai.. But now, tinggal mak aku sorang je tukang masak.. Aku takleh bayang macam mana penat mak aku.. Kadang2 dia kalut sampai dua dapur skali gune.. pic.twitter.com/MQS7NNRwsG— izzah_hadi (@izzah_hadi) January 2, 2020
Petang dia bukak kedai masakan panas pulak sampai 12 malam
Dia enjoy setiap susah dia dengan pandang ke depan
Dah banyak kali dianiaya, pernah kedai kena buat orang
Bila saya tolong jugak mak saya tak larang sebab saya tahu dia perlukan pertolongan
Kebanyakan netizen turut berasa sebak serta mendoakan izzah dan ibunya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Sumber: Izzah Hadi