Siakap Keli

Ronaldo Tayang Jam Rolex Termahal Di Dunia, Harganya Boleh Buat Anda Rasa Nak Pitam

Umum telah mengetahui bahawa Cristiano Ronaldo sememangnya seorang selebriti bola sepak yang terkenal serta antara yang terkaya dalam sukan yang diceburinya itu.

Baru-baru ini, bintang Juventus itu dilihat memakai jam tangan jenama Rolex yang didakwa merupakan jam tangan bagi jenama itu yang termahal di dunia.

Kekayaan Ronaldo tidak perlu disangkal lagi kerana melalui akaun Instagramnya sahaja, dia berjaya menjana pendapatan sebanyak hampir RM 200 juta.

Jadi, tidak hairanlah jika melihat Ronaldo selalu menggayakan barangan-barangan yang berjenama dan mewah ini.

Difahamkan, jam tangan jenama Rolex yang dipakai Ronaldo itu mencecah harga hampir RM 1.9 juta. Ianya sekali gus merupakan jam tangan berjenama Rolex paling mahal.

Dilengkapi dengan 18 karat emas putih dan 30 karat berlian putih, oleh sebab itulah jam tangan tersebut berharga sedemikian.

Majalah Forbes menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo meraih sebanyak 548 juta Pound Sterling dalam dekad ini, manakala pesaingnya pula iaitu Lionel Messi meraih sebanyak 517 Pound Sterling.

Bintang tinju Floyd Mayweather pula menduduki carta keseluruhan pendapatan tertinggi bagi ahli sukan dengan jumlah 667 juta Pound Sterling.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.