Siakap Keli

(Video) “Apa Yang Kita Buat Kat Mak Ayah Kita, Kita Akan Dapat Balik Bila Anak-Anak Buat Kat Kita Nanti”- Ebit Lew

Kasih ibu membawa kesyurga, kasihnya bapa sepanjang masa. Pengorbanan ibu bapa buat anak-anak tak mampu dibayar. Bahkan mereka tidak perlukan wang ringgit daripada kita. Mereka hanya perlukan perhatian dan kasih sayang sahaja di hari-hari tua mereka.

Sebagai anak, apapun yang berlaku dalam keluarga kita, jangan sesekali kita lupa akan jasa mereka sebagai ibu bapa kita. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Namun begitu, ramai di antara kita yang lupa akan jaga dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu bapa sepanjang membesarkan kita.

Pilu hati mengenangkan nasib yang menimpa seorang lelaki yang merindui anak-anaknya. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew.

Seorang haji yang telah berusia bangun sambil menangis teresak-esak menceritakan pengalaman hidupnya. Katanya, hari ni dia telah menerima balasan atas segala dosa yang telah dilakukannya. Dia tidak menjadi anak yang baik buat ibu bapanya. Kini dia sedar akan kesilapannya dan sempat jaga ayahnya.

“Apa yang kita buat kepada mak dan ayah kita, kita akan dapat balik bila anak-anak kita buat pada diri kita”

Dia dikurniakan tiga orang anak dan telah berpisah dengan isterinya selepas 29 tahun mendirikan rumah tangga. Selepas berlakunya perpisahan dalam rumah tangganya, ketiga-tiga anak tersebut tinggal bersama ibunya dan tidak menerimanya sebagai bapa.

Dia yang kelihatan sangat merindui anak serta teringin untuk berjumpa cucunya yang kini berusia hampir 2 tahun, Namun sekali pun dia tidak pernah berjumpa cucunya itu. Air mata penyesalannya membuktikan bahawa dia sangat merindui anak-anaknya itu.

Semoga lelaki ini diberikan kekuatan untuk menghubungi dan berjumpa dengan anak-anaknya. Semoga Allah bukakan juga hati anak -anak untuk mencari ayahnya. Setiap orang melakukan kesilapan. Tapi yang terbaik adalah orang yang meminta ampun atas segala kesilapannya.

Reda Allah terletak pada reda ibu bapa kita.

Sumber: Ebit Lew

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.