Siakap Keli

(Video) Siti Nurhaliza Tergamam, Peminat Dari Portugal Datang Nak Tengok Konsert, Siap Nyanyi Lagu Nirmala

Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang begitu terkenal di rantau Asia ini. Bakat yang ada padanya sudah tidak perlu disangkal lagi kerana pelbagai anugerah telah berjaya dirangkulnya sejak mula menceburi industri hiburan tanah air.

Seperti yang kita ketahui, Nama Dato’ Siti Nurhaliza ini sudah menjadi tidak asing lagi dalam kalangan negara-negara yang berjiran di Malaysia seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kebanyakan peminat-peminat Dato’ Siti juga yang kita tahu semuanya adalah dari rantau Asia. Namun pada baru-baru ini, satu perkongsian yang dibuat oleh akaun Instagram Dato’ Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa ada peminat dari Portugal yang sanggup merantau jauh untuk melihat sendiri persembahan penyanyi kegemarannya itu membuat persembahan secara langsung.

Bukan itu sahaja, malahan anak kepada peminat dari Portugal itu pandai menyanyikan salah satu lagu Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul ‘Nirmala’.

Ianya sekali gus telah membuatkan nama Malaysia harum. Syabas Dato’ Siti Nurhaliza.

Sumber: ctdk

Aqmal Ezany

I write what is right