Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) TERKINI: Kumpulan Al-Shabab Didakwa Serang Pangkalan Tentera AS Di Kenya

Lamu, Kenya – Kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, Al-Shabab dilapor telah menyerang pangkalan tentera di sini yang menempatkan tentera tempatan dan Amerika Syarikat.

Perkara berkenaan disahkan pesuruhjaya Lamu, Irungu Macharia.

“Ada serangan tetapi mereka telah ditangkis,” katanya kepada AFP.

Namun menurut Al-Jazeera, tiada maklumat jelas andai terdapat sebarang kecederaan dalam serangan berkenaan.

Al-Shabab turut mendakwa serangan itu telah menyebabkan banyak kecelakaan yang teruk bagi pihak tentera AS dan Kenya.

“Para pejuang secara terang-terangan memasuki garisan musuh, berjaya menyerang pangkalan tentera yang sangat kuat dan sekarang telah mengambil alih kawalan sebahagian pangkalan,” ujar jurucakap kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Sumber: Al-Jazeera, Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.