Siakap Keli

(Video) Viral Bendera Merah Dinaikkan Dimasjid Iran, Didakwa Simbol Sedia Untuk Perang?

Susulan pembunuhan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas komander tertinggi Iran Mejar Jeneral Qassim Suleimani, hubungan kedua-dua negara tersebut dilihat semakin tegang.

Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat melalui akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengancam Iran untuk tidak mengambil apa-apa tindakan jika tidak mahu negara mereka diserang.

Namun, dalam satu video yang tular di media sosial pada baru-baru ini ada memaparkan berkenaan dengan satu bendera merah yang telah dinaikkan di sebuah masjid dipercayai di Iran.

Bendera merah tersebut didakwa dinaikkan dengan membawa maksud bahawa pertempuran akan berlaku.

Ia juga dikatakan dinaikkan buat pertama kalinya dalam sejarah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan video berkenaan serta dakwaan yang dibuat oleh pemilik akaun Twitter tersebut.

Baca: Dengan Kamera 108MP Xiaomi Note 10, Ini Hasil Mengagumkan Yang Kami Dapat

Sumber: Twitter, Dailymail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.