Siakap Keli
Foto: Mufti Wilayah Persekutuan

“Bila Dah Besar, Jangan Lupa Bawa Mak Ayah Jumpa Pakcik,” Mufti Kagum Sifat Matang Adik Khairunnisa

Masihkah korang ingat lagi dengan adik Nur Khairunnisa? Ya, pelaajr tahun 1 yang mempimpin tangan kedua ibu bapa yang mempunyai masalah penglihatan ke sekolah hari pertama pendaftaran. Sungguh cekal hati adik ini.

Perkongsian oleh gurunya membuatkan hati Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al-Bakri juga tersentuh.

Tersentuh hati kecil ini bila pertama kali bersua mata dengan anakanda Khairunnisa. Ditakdirkan untuk beribubapakan pasangan OKU cacat penglihatan, itulah hikmah daripada-Nya untuk membentuk jiwa yang besar pada anak kecil ini. ⁣⁣⁣

Ibu bapanya pasti berbangga memiliki anak hebat ini…

Usianya langsung tidak menggambarkan kematangannya yang amat mengagumkan kami. Ibu bapanya En. Haizir dan Puan Nur Suhaida pastinya berbangga memiliki anak sehebat ini. Benarlah kata seorang ibu, “Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami.” ⁣⁣⁣⁣

Kepada pihak sekolah khususnya Guru Besar SK (P) Jalan Batu iaitu Puan Ranjini dan guru-guru Khairunnisa, kami ucapkan tahniah kerana terpilih untuk memikul amanah mendidik beliau. Kami yakin dengan usaha yang jitu daripada pihak sekolah dan PIBG, beliau akan menjadi sehebat namanya “Khairunnisa (Sebaik-baik perempuan)”. ⁣⁣

Terima kasih juga kepada Ustaz Jaafarudin bin Md Ali, Ketua Pegawai CSR, Menteri Besar Selangor Incorporated atas kesudian untuk turut hadir memberi sumbangan.⁣

Kami doakan anakanda Khairunnisa menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dan membanggakan kedua ibu bapa. Doa yang sama jua untuk anak-anak kita. ⁣⁣
⁣⁣
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ⁣⁣
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami penyejuk mata-mata kamu dan jadikanlah kami pemimpin ikutan orang-orang bertaqwa”⁣⁣
⁣⁣
Bila Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!

 

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)